𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Khan Muhammad, Jalan Perak Usia : 161 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid ini dipercayai dibina oleh seorang pedagang India Muslim yang kaya pada 𝟭𝟴𝟲𝟬-𝗮𝗻 di Jalan Perak dan diberi nama Masjid Khan Muhammad. Sekitar 1960-an, masjid ini sentiasa dikunjungi oleh jemaah dari kampung berdekatan walaupun terdapat sebuah lagi masjid di sebelah Masjid Khan Muhammad, iaitu Masjid Rawana. Kedua-dua masjid ini terletak begitu dekat antara satu sama lain dan hanya dipisahkan oleh sebatang sungai, iaitu Sungai Pinang. Antara yang pernah menjadi guru agama di masjid tersebut ialah Che Wan Teh juga dikenali sebagai Haji Wan Teh (nama sebenar Haji Ibrahim bin Muhammad Akib). Masjid ini telah diambil alih oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) dan diletakkan di bawah jagaan kariah Masjid Shaik Eusoff. Masjid ini juga bukan sahaja masih mengekalkan bangunan asalnya malah sepanjang kewujudannya tidak pernah menambah ruang solat. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa