๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฌ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐—ฌ๐—œ๐—ฃ๐—ฃ)

Nama Masjid : Masjid Kapitan Keling

Usia: 220 Tahun

Sejarah Ringkas: Pengasas masjid ini ialah Major Nador Khan atau lebih dikenali sebagai โ€˜Toโ€™ Nadok Berkajang Kainโ€™. Pada asalnya, masjid ini hanyalah sebuah masjid beratap kecil dan masjid kecil tersebut pernah muncul dalam peta bandar Pulau Pinang tahun 1798. Masjid ini merupakan mercu tanda bagi masyarakat Islam di Pulau Pinang khususnya komuniti India Muslim yang giat menjalankan kegiatan perniagaan, terutamanya perniagaan emas dan pengurupan wang. Sebuah madrasah turut dibina untuk tujuan mengajar agama kepada kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan kawasan masjid. Masjid tersebut dinamakan โ€˜Masjid Kapitan Kelingโ€™ bersempena dengan nama Kapitan Keling yang dilantik sebagai penguasa yang pertama bagi masjid tersebut. Masjid ini juga dipercayai menjadi masjid โ€˜jamekโ€™ (masjid utama yang digunakan untuk solat beramai-ramai) yang pertama di bandar George Town.

Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *