𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Kampung Terang, Kampung Terang Usia : Lebih kurang 141 Tahun Sejarah Ringkas : 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠. Namun berdasarkan keterangan seorang responden Historical Survey of the Mosques and Kramats on Penang Island, Masjid Kampung Terang dikatakan telah diasaskan oleh To’ Ahad bin Haji Bakar, seorang petani yang kaya pada tahun 𝟏𝟖𝟖𝟎. Beliau telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid tersebut. Namun begitu, menurut Haji Abdul Rahman bin Salleh, keturunan Che Amah (rumahnya terletak di tepi masjid) yang juga merupakan keturunan To’ Ahad adalah individu yang bertanggungjawab mewakafkan tanah tapak masjid tersebut. Pada peringkat awalnya masjid ini dibina dengan menggunakan kayu sahaja sebelum diubahsuai sedikit demi sedikit. Masjid ini dipercayai dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa #penang2030