๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฌ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐—ฌ๐—œ๐—ฃ๐—ฃ) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Jami’ Al-Munawar Kelawai Usia : 131 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid Kelawai telah dibina pada sekitar tahun ๐Ÿ๐Ÿ–๐Ÿ—๐ŸŽ disebabkan bilangan jemaah di kawasan Kelawai tersebut semakin meningkat. Masjid Kelawai merupakan bangunan konkrit dan mempunyai reka bentuknya sama dengan Masjid Lama Jamek di Lorong Burmah. Perkataan Kelawai diambil daripada dua patah perkataan Melayu, iaitu โ€˜Kualaโ€™ dan โ€˜Awalโ€™. Bila kedua-dua perkataan ini disebut secara cepat dan dipendekkan, sebutannya menjadi โ€˜Kualawaiโ€™ dan perlahan-lahan bertukar menjadi โ€˜Kelawaiโ€™. Masjid Kelawai turut mengadakan kelas mengaji Quran. Salah seorang yang pernah menjadi tenaga pengajarnya ialah Ustaz Sheikh Ahmad bin Hassan Badjenid yang mengajar tafsir Quran di masjid tersebut selain menjadi imam di masjid ini untuk suatu tempoh yang panjang iaitu sejak 1940-an sehinggalah beliau meninggal dunia. Kelas mengaji Quran ini diteruskan oleh Ustaz Ghani, seterusnya diganti oleh Ustaz Rashid dan kemudiannya diteruskan secara berganti-ganti oleh ustaz yang lain. Selepas masjid baru siap dibina, kelas bahasa Arab diaturkan oleh kariah masjid oleh seorang ustazah pada setiap hari Jumaat yang terdiri daripada pelajar perempuan. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa #Penang2030