𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Jamek Titi Papan, Jalan Burmah Usia : Lebih kurang 161 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid ini dibina pada pertengahan abad ke-19 di atas sebidang tanah paya dan menurut 𝙃𝙞𝙨𝙩𝙤𝙧𝙞𝙘𝙖𝙡 𝙎𝙪𝙧𝙫𝙚𝙮 𝙤𝙛 𝙩𝙝𝙚 𝙈𝙤𝙨𝙦𝙪𝙚𝙨 𝙖𝙣𝙙 𝙆𝙧𝙖𝙢𝙖𝙩𝙨 𝙤𝙣 𝙋𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙣𝙙 menyebut masjid ini dibina pada tahun 𝟭𝟴𝟲𝟬. Masjid ini diasaskan oleh Haji Mohamed Gumbong seorang pekerja intan berlian. Masjid tersebut digunakan selama 10 tahun. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Titi Papan kerana masjid ini dikelilingi kawasan paya dan berair. Oleh sebab itu, sebatang titi papan dibina untuk menghubungkan masjid dengan rumah penduduk kampung yang terletak di belakang masjid. Setelah melihat titi papan ini sangat berguna sebagai penghubung masyarakat-masjid, penduduk setempat mula memanggil masjid ini sebagai Masjid Titi Papan. Pelbagai perancangan untuk menggiatkan aktiviti keagamaan di masjid ini telah dibuat, termasuk mengemukakan permohonan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) untuk melaksanakan solat Jumaat. Namun pada awalnya permintaan itu ditolak dengan alasan terdapat banyak masjid berdekatan yang menjalankan solat Jumaat. Akhirnya, pada 16 Ogos 1991, permohonan tersebut diluluskan. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa