๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฌ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐—ฌ๐—œ๐—ฃ๐—ฃ) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Jamek Simpang Enam, Jalan Macalister Usia : 124 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid Simpang Enam yang juga dikenali sebagai Masjid Haji Abdul Wahab yang asal hanyalah sebuah surau kayu sebelum diganti dengan sebuah masjid batu pada tahun ๐Ÿ๐Ÿ–๐Ÿ—๐Ÿ•. Masjid ini dikatakan dibina di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang Cina Muslim yang tidak diketahui namanya. Pada asalnya, Masjid Simpang Enam terletak di persimpangan enam, iaitu Jalan Macalister, Jalan Dato Keramat, Jalan Penang, Jalan Magazine dan Lorong Tek Soon. Oleh yang demikian, masjid tersebut juga dikenali sebagai Masjid Simpang Enam atau Anam (ejaan lama). Apabila KOMTAR mula dibina pada awal dekad 1970-an di atas tanah Lorong Tek Soon, bulatan yang mempuyai enam simpang menjadi lima simpang sahaja. Namun begitu, nama โ€˜simpangโ€™ tersebut masih kekal dengan nama Simpang Enam. Begitu juga nama masjid kekal dikenali sebagai Masjid Simpang Enam. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa