𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Jamek Pondok Upeh, Balik Pulau Usia : 199 Tahun Sejarah Ringkas : Kampung Pondok Upeh merupakan salah satu penempatan terawal yang dibuka di kawasan Balik Pulau. Mengikut sejarah, perkampungan ini diteroka oleh pelarian dari Kedah dan Pattani yang melarikan diri sewaktu tercetusnya peperangan antara Siam dengan Kedah pada tahun 1821. Pelarian ini majoritinya adalah beragama Islam. Oleh sebab itu, kawasan penempatan yang dibuka oleh pelarian ini mempunyai masjid atau setidak-tidaknya sebuah surau. Pelbagai versi cerita mengenai kewujudan Masjid Pondok Upeh ditemui dan menurut seorang responden, masjid yang paling awal diasaskan di kawasan tersebut adalah 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟏𝟖𝟐𝟐. Sebuah masjid kecil dibina oleh pelarian ini sekitar tahun tersebut di atas tanah yang diwakafkan oleh Lebai Saad bin Ismail, seorang guru agama. Beliau menjadi imam pertama di masjid berkenaan. Masjid tersebut dibina secara bergotong-royong oleh penduduk kampung tersebut. Menurut responden lagi, makam Lebai Saad terletak di kawasan masjid tersebut dan dianggap sebagai keramat oleh penduduk setempat. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa Masjid Jamek Pondok Upeh