𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Jamek Jelutong, Jalan Jelutong Usia : Lebih kurang 176 Tahun Sejarah Ringkas : Setakat ini tiada catatan yang jelas tentang sejarah pembinaan Masjid Jelutong namun kebanyakan cerita cenderung mengatakan bahawa pengasas masjid ini ialah Nakhoda Kechil dan pengasasannya pula adalah antara tahun 1835 hingga 1845. Masjid Jelutong ini juga mempunyai guru yang mengajar orang mengaji Quran di rumah. Masjid Jelutong mempunyai 40 orang tenaga pengajar mengaji Quran yang didaftarkan secara berperingkat sejak tahun 2006. Selain itu, masjid ini juga mempunyai sebuah pusat tahfiz, iaitu Mahad Tahfiz Fathur Rahman yang terletak di 407 Jalan Perak yang dibina pada tahun 2010 di atas lot tanah wakaf Masjid Jelutong. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa