๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฌ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐—ฌ๐—œ๐—ฃ๐—ฃ) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Jamek Benggali, Lebuh Leith Usia : Lebih kurang 218 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid Benggali disebutkan bahawa telah dibina pada tahun ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฌ๐Ÿฏ di atas tanah lot 170 seksyen 19 yang berkeluasan 7,377 kaki persegi. Namun ada juga yang mengatakan bahawa masjid ini dibina lebih lewat iaitu pada tahun ๐Ÿญ๐Ÿด๐Ÿฐ๐Ÿฑ. Orang Bengal yang bekerja dengan Sharikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah meminta satu ruang tanah untuk membina masjid dan SHTI telah meluluskan lot 170. Maka, sebuah masjid kayu telah dibina dan masjid ini dikenali sebagai Masjid Bengal bersempena majoriti orang Bengal yang menghuni kawasan itu dan kemudiannya ditukar nama kepada โ€˜Masjid Benggaliโ€™. Masjid ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 26 September 1958. Masjid Benggali bukan sahaja menjadi tempat bersolat, malah tempat menyampaikan dakwah dan pusat Majlis Benggali Islam, iaitu persatuan orang Benggali yang beragama Islam. Selain itu, perkembangan penting masjid ini adalah pembinaan Madrasah Tahfiz Masjid Benggali pada tahun 1990. Madrasah ini dibina di belakang masjid dengan bilangan pelajar seramai 20 orang serta tenaga pengajarnya, Maulana Hj. Ismail (dari Burma), dibawa khas oleh Haji Habibullah, iaitu seorang jemaah pendakwah yang tinggal di Masjid Benggali. Semua kos untuk Madrasah Tahfiz ini ditanggung oleh masjid, termasuk bayaran gaji tenaga pengajar. Namun, pada tahun 1994, madrasah ini telah dipindahkan ke Balik Pulau. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa