𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Jalan York, Jalan York Usia : 107 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid Jalan York dibina pada tahun 𝟭𝟵𝟭𝟰 oleh seorang ahli perniagaan India Muslim yang bernama Shaik Ghani (juga dikenali sebagai Eusoff Gunny). Sebelum penubuhan Masjid Jalan York, penduduk di kawasan berkenaan menunaikan solat berjemaah di sebuah surau yang dikatakan telah wujud di atas tapak yang sama, lima tahun sebelum pembinaan masjid berkenaan. Pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan telah diatur oleh pihak masjid untuk mendekatkan masyarakat kepada masjid, termasuklah kelas mengaji al-Quran, kelas marhaban dan kelas kompang. Kelas marhaban dan kompang ini mendapat sambutan dalam kalangan penduduk kampung dan anggota kelas ini juga sering menerima undangan untuk memeriahkan majlis perkahwinan dan majlis lain. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa