𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Jalan Pahang Usia : Lebih kurang 94 Tahun Sejarah Ringkas : Terdapat dua pendapat tentang tarikh pengasasan Masjid Jalan Pahang iaitu yang pertama, dikatakan Masjid Jalan Pahang ini didirikan di atas tanah wakaf kepunyaan Muhammad Sheikh Ghani pada tahun 𝟏𝟗𝟏𝟕. Beliau merupakan peniaga yang berasal dari India. Tanah tersebut diwakafkan untuk pembinaan masjid manakala wang bagi tujuan tersebut dikutip daripada orang ramai. Muhamad Sheikh Ghani dikatakan orang yang sama terlibat dalam pembinaan Masjid Jalan York. Namun begitu, maklumat yang ada pada Hashim Ali bin Mohd. Abd. Latiff, generasi keempat pemegang amanah masjid, Masjid Jalan Pahang siap dibina pada tahun 1927. Tanah masjid tersebut diwakafkan (sebagai wakaf masjid) pada tahun 1921 oleh Haji Eusoff Gunny yang berasal dari India. Pada dekad 1980-an, Masjid Jalan Pahang menjadi semakin sunyi kerana ramai penghuni yang beragama Islam di kawasan tersebut telah berpindah ke tempat lain. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa #penang2030