๐—ฆ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ณ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐˜€๐—ท๐—ถ๐—ฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฌ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐—ฌ๐—œ๐—ฃ๐—ฃ) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid At-Taqwa Kongsi, Balik Pulau Usia : 139 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid At-Taqwa Kongsi, Balik Pulau terletak kira-kira 1 kilometer dari Pekan Balik Pulau. Nama โ€˜Kongsiโ€™ diambil bersempena rumah panjang yang diduduki secara berkongsi oleh orang Cina di kawasan pekan Balik Pulau yang terletak tidak jauh dari Kampung Kongsi. Menurut Jamalludin bin Darus, imam Masjid Kongsi, masjid tersebut dibuka oleh seorang Jawi Peranakan yang dihantar oleh kerajaan (Sharikat Hindia Timur Inggeris) untuk berkhidmat sebagai penghulu di kawasan tersebut iaitu Datoโ€™ Bahauddin atau dikenali juga dengan nama Bahauddin Haji. Pada awalnya, masjid tersebut merupakan sebuah surau yang dibina oleh penduduk kawasan Balik Pulau yang majoritinya merupakan pelarian sewaktu serangan Siam ke atas Kedah pada tahun 1821. Kemudian masjid tersebut diperbesar oleh Datoโ€™ Bahauddin di atas tapak yang sama dan masjid ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1882. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa Masjid At-Taqwa Kongsi, Balik Pulau