𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid :Masjid An Nur Titi Teras, Balik Pulau (Qaryah Masjid An Nur Titi Teras, Balik Pulau) Usia : 191 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid ini dibina oleh penduduk kampung Titi Teras sekitar tahun 1830. Sungguhpun begitu, ada sumber yang turut mengatakan masjid ini didirikan oleh Tok Kari, seorang alim ulama di kawasan Balik Pulau pada suatu ketika dahulu. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Keramat Haji Kari kerana dipercayai keramat oleh penduduk kampung. Bahan binaan masjid pada waktu itu ialah kayu merbau yang diperoleh dari kawasan bukit yang berhampiran. Selain itu, masjid Titi Teras ini turut berkali-kali menjalani proses naik taraf dan pengubahsuaian secara berperingkat melibatkan penggantian separuh dinding papan dan separuh dinding kayu. Pada tahun 1989, masjid lama yang diperbuat daripada kayu dirobohkan dan sisa runtuhan tersebut ditanam di kawasan tapak masjid sebelum masjid baru dibina. Di samping itu, masjid ini juga mengendalikan sebuah sekolah agama rakyat , Tadika Ummi dan perpustakaan selain turut memberi sewaan tanah wakaf masjid untuk membina sebuah taman asuhan kanak-kanak, Taska Tunas Islam. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa #Penang2030