𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴 (𝗬𝗜𝗣𝗣) …………………………………………………………………….. Nama Masjid : Masjid Al-Jamiul Azzakirin, Prangin Usia : Lebih kurang 131 Tahun Sejarah Ringkas : Masjid Al-Jamiul Azzakirin atau kini dikenali sebagai Masjid Jalan Prangin terletak berhampiran dengan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dan kompleks beli-belah Prangin. Masjid ini dibina sekitar dekad 𝟭𝟴𝟵𝟬-𝗮𝗻 di atas tanah yang dibeli oleh sebuah persatuan India Muslim. Sejak pembinaannya, masjid ini turut menjalankan aktiviti lain selain menjadi tempat bersolat seperti kelas mengaji Quran dan kelas agama untuk kanak-kanak. Namun pada pertengahan dan penghujung abad ke-19, keadaan di masjid menjadi sunyi setelah ramai penduduk kampung menjual rumah mereka dan berpindah ke tempat lain. Sumber: Sejarah Masjid & Keramat di Pulau Pinang 1730-an – 2012 oleh Mahani Musa