*LOKASI KAFA MENENGAH PULAU PINANG* Yayasan Islam Pulau Pinang akan melaksanakan KAFA Menengah Pulau Pinang di 10 buah masjid terpilih bagi mengukuhkan tahap pendidikan agama & akhlak dalam diri remaja Islam khususnya di Pulau Pinang. 10 buah masjid terpilih itu melibatkan kelima-lima daerah yang merangkumi seluruh negeri Pulau Pinang iaitu Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut, Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Seberang Perai Selatan. …………………………………………………………………. KAFA Menengah Pulau Pinang merupakan usaha Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) untuk memberikan alternatif pendidikan Islam untuk pelajar peringkat menengah di Pulau Pinang. YIPP berharap agar Program KAFA Menengah Pulau Pinang ini akan mendapat sokongan dan bantuan daripada umat Islam. #kafamenengah #infoKAFAMenengah