[LIVE UPDATE] 28 Ogos 2021 Ujian Penilaian Prestasi Pulau Pinang Mengajar. Sedang berlangsung Ujian Penilaian Prestasi secara online melibatkan semua pelajar di 4 buah lokasi PPM iaitu PPR Jelutong, Taman Guar Perahu, Padang Cempedak dan Nibong Tebal. Ujian Penilaian Prestasi ini diadakan bagi mengukur tahap keberkesanan dan menilai prestasi para pelajar sepanjang mengikuti kelas Pulau Pinang Mengajar (PPM) ini. Semoga dengan usaha ini, para pelajar dapat memperoleh manfaat sepanjang mengikuti kelas ini. بالتوفيق والنجاح …………………….. Kelas bimbingan Pulau Pinang Mengajar adalah sebuah inisiatif pendidikan percuma kepada pelajar yang berasal dari keluarga dhuafa. Kelas ini digerakkan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dan ditaja oleh Zakat Pulau Pinang. Terima kasih kepada pembayar zakat. Berzakatlah di https://zakatpenang2u.com