[LIVE UPDATE] 11 September 2021 KELAS ONLINE PULAU PINANG MENGAJAR Sesi kelas ini memfokuskan perbincangan latihan bagi memantapkan pengetahuan para pelajar serta membantu mereka terhadap subjek yang lemah. Sedang berlangsung sesi kelas Pulau Pinang Mengajar secara Online melalui ‘Google Meet’ yang melibatkan sukarelawan dan pelajar PPM bagi lokasi – PPR Jalan Sungai – Taman Guar Perahu – Padang Cempedak – Nibong Tebal …………………….. Kelas bimbingan Pulau Pinang Mengajar adalah sebuah inisiatif pendidikan percuma kepada pelajar yang berasal dari keluarga dhuafa. Kelas ini digerakkan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) yang ditaja oleh Zakat Pulau Pinang. Terima kasih kepada pembayar zakat. Berzakatlah di https://zakatpenang2u.com