[LIVE UPDATE] 4 September 2021 Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar Kelas bimbingan Pulau Pinang Mengajar berjalan secara online pada minggu ini dengan mengadakan sesi perbincangan jawapan kertas ujian penilaian yang diadakan pada 28 Ogos 2021 yang lalu. Usaha murni ini akan kami teruskan demi membantu pendidikan pelajar-pelajar yang tercicir. …………………….. Kelas bimbingan Pulau Pinang Mengajar adalah sebuah inisiatif pendidikan percuma kepada pelajar yang berasal dari keluarga dhuafa. Kelas ini digerakkan oleh Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) yang ditaja oleh Zakat Pulau Pinang. Terima kasih kepada pembayar zakat. Berzakatlah di https://zakatpenang2u.com