Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un Kami di Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) merakamkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga dan kariah Masjid Umar Abdul Aziz atas berpulangnya Tuan Haji Yusoff bin Othman, Pengerusi Kariah Masjid Umar Abdul Aziz, Batu Maung. YIPP akan melaksanakan KAFA Menengah Pulau Pinang di Masjid Umar Abdul Aziz pada tahun 2022. Dalam usaha pelaksanaan ini, almarhum telah memberikan komitmen dan kesungguhan yang padu pada YIPP untuk memastikan kejayaan KAFA Menengah Pulau Pinang. al-Fatihah.