#infokorban Apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin berkorban untuk tidak memotong rambut di kepalanya, wajahnya, atau badannya, tidak juga memotong kukunya, sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Hal ini berpandukan hadis daripada Ummu Salamah R.anha bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ Maksudnya: Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban. Hadis riwayat Imam Muslim (1977) Bagi yang ingin penjelasan lanjut boleh rujuk 👇👇 https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1061-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-11-anjuran-untuk-tidak-memotong-kuku-dan-rambut-bagi-yang-ingin-melakukan-ibadah-korban-apabila-tibanya-1-zulhijjah #zulhijjah #korbanyipp #staysafe #kitajagakita