𝑷𝑬𝑹𝑱𝑼𝑴𝑷𝑨𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑼𝑹𝑼𝑺 𝑩𝑬𝑺𝑨𝑹 𝒀𝑰𝑷𝑷 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑮𝑼𝑹𝑼 𝑲𝑨𝑭𝑨 𝑴𝑬𝑵𝑬𝑵𝑮𝑨𝑯 𝑷𝑼𝑳𝑨𝑼 𝑷𝑰𝑵𝑨𝑵𝑮 Pihak Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah mengadakan sesi perjumpaan secara dalam talian bersama guru-guru KAFA Menengah At-Taqwa pada 3 September 2021 jam 8.00 malam. Perjumpaan ini bertujuan untuk menerangkan perkembangan terkini perlaksanaan Program KAFA Menengah Pulau Pinang. InsyaAllah, KAFA Menengah Pulau Pinang akan mula beroperasi sepenuhnya di seluruh negeri Pulau Pinang bermula pada Januari 2022. Mudah-mudahan wabak pandemik Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ini segera berlalu dan marilah kita terus berdoa agar kesihatan dan keselamatan hidup kita terpelihara. Amin. 🤲 #yipppemangkinummah #Penang2030 #kafamenengahpulaupinang