𝑨𝒅𝒂 𝒂𝒑𝒂 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 7 𝑱𝒖𝒍𝒂𝒊? Pada 7 Julai 2008, Melaka dan George Town: Bandar-bandar Bersejarah di Selat Melaka telah diiktiraf secara bersama sebagai 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗪𝗮𝗿𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗨𝗡𝗘𝗦𝗖𝗢 berdasarkan Nilai Keunggulan Sejagat yang mempamerkan kepelbagaian budaya yang sebati dalam warisan hidup dan warisan binaan. Nilai Keunggulan Sejagat merupakan nilai yang diiktiraf secara universal sebagai penting atau yang mempunyai pengaruh terhadap evolusi manusia secara keseluruhan pada suatu masa atau masa yang lain. Warisan dan budaya adalah khazanah tidak ternilai yang mesti dilindungi dan dipelihara, supaya terus menjadi kebanggaan semua. Jom kita sama-sama pelihara supaya kelak ia bakal menjadi tatapan generasi hadapan untuk lebih memahami sejarah dan keunikan negeri Pulau Pinang seterusnya, kerana tamadun serta aspek sejarah yang lampau amat penting dalam pembentukan identiti bangsa dan negara. #7july #UNESCO #heritage #georgetownpenang #TapakWarisanDunia