𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐘𝐈𝐏𝐏 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐜𝐢𝐜𝐢𝐫 𝐃𝐢𝐩𝐮𝐣𝐢 𝐊𝐡𝐚𝐳𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭𝐞 (𝐊𝐑𝐈) Seperti yang semua sedia maklum Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) telah menganjurkan Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar yang bertujuan untuk membantu pelajar di PPR dan luar bandar agar tidak tercicir dalam pelajaran. Buat masa ini seramai 180 orang pelajar mengikuti program ini. Usaha YIPP ini telah dipuji oleh Khazanah Research Institute (KRI) sebuah badan penyelidikan di bawah Khazanah Nasional Berhad. Puan Hawati binti Abd Hamid yang merupakan Timbalan Pengarah Penyelidikan Khazanah Research Institute memuji langkah YIPP membantu pelajar tercicir menerusi program Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar dalam program webinar pada 21 Ogos 2021 yang lalu. Program webinar tersebut melibatkan seramai 40 orang peserta di aplikasi Zoom Meeting. Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) akan terus komited dalam membantu memajukan pendidikan kepada umat Islam di Pulau Pinang. #Penang2030 #yipppemangkinummah