𝐒𝐢𝐫𝐢 3 : Kisah Inspirasi KAFA Menengah Pulau Pinang 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐨𝐫 𝐇𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐌𝐝 𝐍𝐨𝐡, 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 KAFA Menengah At-Taqwa , 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡. “Alhamdulillah, banyak perubahan yang berlaku sejak anak saya mengikuti kelas KAFA ini. Antara perubahan yang ketara yang dapat dilihat ialah anak saya tidak lagi meninggalkan solat walaupun kadangnya terlambat. Mereka juga tidak lagi membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah terutama pada malam hari selain menjadi seorang anak yang mendengar kata dan taat pada perintah ibu bapa. Selain itu, kelas KAFA ini juga turut memberikan impak yang besar terhadap anak- anak saya. Hasilnya, anak saya sudah mula menjaga auratnya dan mengetahui hukum batasan aurat antara lelaki dan perempuan. Dari segi pendidikan Al-Quran pula, anak saya semakin mengetahui ilmu tajwid bahkan boleh menjadi imam ketika menunaikan solat jemaah bersama keluarga. Ini merupakan satu perubahan yang baik pada diri anak-anak saya. Bagi saya, pelaksanaan kelas KAFA menengah ini sangat bagus untuk golongan remaja kerana banyak ilmu yang diperoleh dan dapat dipraktikkan oleh anak saya dan yang terpenting masa malamnya juga telah terisi dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat” …………………………………………………………………. KAFA Menengah Pulau Pinang merupakan usaha Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) untuk memberikan alternatif pendidikan Islam untuk pelajar peringkat menengah di Pulau Pinang. YIPP berharap agar Program KAFA Menengah Pulau Pinang ini akan mendapat sokongan dan bantuan daripada umat Islam. #kafamenengah #infoKAFAMenengah