𝐒𝐢𝐫𝐢 2 : Kisah Inspirasi KAFA Menengah Pulau Pinang 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐅𝐚𝐢𝐳𝐚𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐳𝐢𝐳𝐚𝐧, 𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 KAFA Menengah At-Taqwa, 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡. Anak saya semakin minat untuk belajar agama dan mudah memahami setiap pelajaran yang diajar dengan baik terutama pengajian hadis, ilmu tajwid dan lain-lain. Selain itu, pengetahuan agamanya juga turut bertambah malah boleh berkongsi ilmu dengan ibu bapa dan adik-adiknya mengenai sesuatu permasalahan agama yang timbul dalam sesuatu topik itu. Saya juga melihat kesan positif terhadap diri anak saya yang mana dia sudah mampu mengawal dan mengatur diri sendiri terutamanya hal yang berkaitan aurat dan pergaulan dalam kehidupan agar tidak melanggar batasan syariat. Disamping itu, solatnya juga semakin terjaga dan dia tidak lagi meninggalkan solat dengan sengaja. Anak saya juga telah menunjukkan akhlak yang baik dan berhemah malahan dia juga cuba menerapkan perkara sunnah Nabi untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Hasil pembelajaran di Kelas Kafa ini juga, anak saya sudah mampu membaca Al-Quran dengan lancar dan menguasai hukum tajwid dengan baik. …………………………………………………………………. KAFA Menengah Pulau Pinang merupakan usaha Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) untuk memberikan alternatif pendidikan Islam untuk pelajar peringkat menengah di Pulau Pinang. YIPP berharap agar Program KAFA Menengah Pulau Pinang ini akan mendapat sokongan dan bantuan daripada umat Islam. #kafamenengah #infoKAFAMenengah