𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐊𝐀𝐅𝐀 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐢𝐫𝐢 3 : 𝑺𝒊𝒂𝒑𝒂 𝑷𝒆𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝑫𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒍𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂 𝑲𝑨𝑭𝑨 𝑴𝒆𝒏𝒆𝒏𝒈𝒂𝒉 𝑷𝒖𝒍𝒂𝒖 𝑷𝒊𝒏𝒂𝒏𝒈? ………………………………………………………………………………….. KAFA Menengah merupakan usaha Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) untuk memberikan alternatif pendidikan Islam untuk pelajar peringkat menengah di Pulau Pinang. Pihak kerajaan juga menerima banyak permintaan daripada ibu bapa yang menggesa disediakan pendidikan Islam yang lebih menyeluruh di peringkat menengah bagi pelajar yang gagal ke SMKA/SAR/SABK. Justeru, KAFA Menengah Pulau Pinang ini adalah usaha YIPP untuk memenuhi pemintaan ibu bapa yang mementingkan pendidikan agama kepada anak-anak mereka. Sehingga kini dua buah negeri telah melaksanakan KAFA Menengah iaitu Selangor dan Perak. Pulau Pinang juga tidak ketinggalan dalam usaha memperkasakan pendidikan Islam menerusi program KAFA Menengah yang ternyata berkesan memberikan nilai tambah pendidikan Islam kepada pelajar. YIPP berharap agar Program KAFA Menengah Pulau Pinang ini akan mendapat sokongan dan bantuan daripada umat Islam. #kafamenengah #infoKAFAMenengah