𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐐𝐮𝐫𝐛𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐡𝐮𝐚𝐟𝐚 22 Julai 2021, Khamis- Alhamdullilah, selesai sudah program Qurban untuk Dhuafa anjuran Yayasan Islam Pulau Pinang pada tahun ini. Lebih 100 bungkusan daging telah diagihkan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan. Pihak YIPP ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat iaitu, KAFA Al-Amin, AJK Masjid Simpang Tiga, Mahasiswa MUTIARA serta Sukarelawan Yayasan Islam Pulau Pinang yang turut membantu menjayakan program ini. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah. #qorbanuntukdhuafa #qorban2021 #qorban1442h #yipppemangkinummah