𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Berikutan peningkatan kes COVID-19 di Pulau Pinang, pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ingin memohon bantuan masyarakat untuk membantu dalam melicinkan pengurusan pesakit COVID-19 di negeri ini. Sekiranya anda didapati positif dalam mana-mana ujian COVID-19, berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh lakukan : 1. Mulakan isolasi di kediaman masing-masing; 2. Memaklumkan status kendiri pada aplikasi MySejahtera; 3. Sekiranya anda tidak dihubungi oleh mana-mana pegawai dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 48 jam dari keputusan, anda boleh maklumkan kepada pihak CPRC, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dengan mengisi maklumat kendiri pada pautan di bawah ATAU mengimbas kod QR untuk tujuan pemakluman dan tindakan lanjut dari pihak kesihatan. Pautan : https://forms.gle/1PSgwdPA5L32ugxy7 #jknpenang #3TVac #MenangBersamaMengharungiCOVID19 #BantuSistemKesihatanNegara