Utama Tentang YIPP Inisiatif Kami Soalan Lazim Hubungi Kami

Soalan Lazim

Biasiswa / Bantuan

  1. Adakah YIPP memberi bantuan pendidikan kepada pelajar yang yang ingin menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS)?
    • Buat masa ini, YIPP tidak memberi bantuan pendidikan kepada pelajar yang yang ingin menyambung pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS). Bantuan pendidikan boleh dipohon di Pejabat Zakat Pulau Pinang atau program i-BITA di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  2. Saya telah mendapat tawaran untuk belajar di salah satu Institusi Pengajian Tinggi di luar negara, bolehkah pihak YIPP menaja pengajian saya?
  3. Apakah jenis-jenis Program Kebajikan YIPP yang telah diwujudkan?

Inisiatif Kami

Hospital Islam Patuh Syariah

Sebuah projek pembangunan kesihatan yang bertunjangkan wakaf,hospital ini akan menyediakan 20 katil wakaf kepada umat Islam Pulau Pinang.

Nafoura Islamic School

Sekolah Islam Antarabangsa Nafoura merupakan satu usaha meneroka potensi dan peluang untuk membentuk satu sistem pendidikan Islam yang bersepadu di negeri ini.

Galeri Haji Pulau Pinang

Galeri ini adalah sebuah galeri yang mengetengahkan pengalaman spiritual, sejarah, seni dan warisan perjalanan haji di Malaysia sebagai tema utama pameran. Ia merupakan sebuah mercu tanda penting Kawasan Enklaf Muslim di “core zone” Tapak Warisan Dunia George Town.

Akademi Khat

Seni kaligrafi Islam yang dikenali sebagai khat adalah salah satu seni warisan bangsa yang menunjukkan betapa nilai Islam terpasak kukuh dalam masyarakat Melayu. Akademi Khat Pulau Pinang ialah sebuah usaha menghidupkan semula tulisan Jawi yang menjadi teras masyarakat Islam di Malaysia.

Aplikasi Telefon Pintar

Aplikasi telefon pintar merangkumi app pelancongan dan app produktiviti direka bagi mempelbagaikan produk digital Muslim dalam usaha memperbaharui pendekatan mengenai Islam.

Wacana Ilmu

Siri wacana diadakan sepanjang tahun membincangkan pelbagai topik semasa. Para cendekiawan menyumbang idea dengan membentangkan hasil dapatan daripada kajian ilmiah berkaitan dengan isu-isu yang memberi impak terhadap masyarakat.